Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

Saturday, February 2, 2019

Tun Mahathir menyanyikan lagu My Way nyanyian asal Frank Sinatra.

Tun Mahathir menyanyikan lagu My Way nyanyian asal Frank Sinatra.



My Way
Frank Sinatra
Lyrics
And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain
I've lived a life that's full
I've traveled each and every highway
And more, much more than this
I did it my way
Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption
I planned each charted course
Each careful step along the byway
And more, much more than this
I did it my way
Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall
And did it my way
I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside
I find it all, all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way
Oh no, no, not me
I did it my way
For what is man, what has he got?
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels
The record shows I took the blows 
And did it my way
And did it my way

Wednesday, January 30, 2019

Dr M juara carta mingguan berita dunia terhangat Al Jazeera


Perdana Menteri Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal Al Jazeera, apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.
Keputusan undian yang dipaparkan secara langsung pada setiap Rabu itu menunjukkan Dr Mahathir memperoleh 49 peratus undian responden yang terdiri daripada penonton saluran itu di seluruh Semenanjung Tanah Arab sekali gus mengatasi tiga tokoh lain.
Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio memperolehi undian kedua tertinggi dengan 33 peratus diikuti Ulama Saudi Dr Ahmed al-Amari (13 peratus) dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Martin Griffiths (lima peratus).
Menurut pengacara program, nama Dr Mahathir menjadi sebutan dan meraih populariti tertinggi minggu ini ekoran kenyataan lantang beliau terhadap isu Palestin-Israel.
Sebelum ini, Malaysia menyatakan beberapa pendirian tegasnya untuk tidak menerima penyertaan atlet Israel dalam kejohanan sukan antarabangsa yang dianjurkan di negara ini.
Terbaru, Malaysia menolak penyertaan atlet Israel dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadual diadakan di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos, menyebabkan hak penganjuran Malaysia untuk kejohanan itu dilucutkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad lalu.
Mengulas mengenai pendirian Mahathir terhadap Israel dalam rancangan yang disiarkan secara langsung itu, Ketua komuniti penyokong Palestin Murad al-Yaqoubi berkata, “Pemilihan perdana menteri Malaysia ini mencerminkan pendirian masyarakat Arab sendiri yang enggan mengadakan sebarang hubungan dengan entiti Zionis".
Pendirian Dr Mahathir itu juga katanya khusus menggambarkan pengetahuannya terhadap isu Palestin dan bahaya mengadakan sebarang hubungan dengan Israel.
“Mereka yang mengikuti latar belakang politik Mahathir pasti tahu bahawa beliau menolak sebarang penjajahan terhadap Malaysia dan tidak tunduk kepada mana-mana kuasa. Sebab itu beliau menolak keras sebarang bentuk penindasan terhadap mana-mana bangsa atau penerimaan terhadap kuasa penjajahan di mana-mana negara.
“Sangat sukar untuk mendengar suara sebegini daripada pemimpin rantau ini (Arab) sendiri,” katanya.
Sibaq Al Akhbar’ program tv interaktif mingguan berbahasa Arab disiarkan secara langsung oleh AlJazeera.net dan memberi peluang kepada penonton Semenanjung Arab memilih dan mengundi berdasarkan kriteria tertentu.
-Bernama