Saturday, April 13, 2019
Polis bantu Indonesia siasat penemuan 50,000 kertas undi pemilihan Presiden Indonesia
Polis sedang membantu pihak berkuasa Indonesia dalam siasatan penemuan kira-kira 50,000 kertas undi bertanda bagi pilihan raya negara jiran itu yang akan berlangsung 17 April ini.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata, memandangkan kes berkenaan tidak melibatkan pelanggaran undang-undang Malaysia, pihaknya menghubungi polis Indonesia untuk menentukan tindakan susulan yang sesuai.
"Berhubung penemuan sejumlah dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan proses pilihan raya Republik Indonesia di Kajang, Selangor baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil untuk membantu pihak berkuasa Indonesia.
"Justeru PDRM telah mendapatkan bantuan polis Republik Indonesia (Polri), memandangkan kes ini tidak melibatkan pelanggaran undang-undang Malaysia.
"Siasatan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Khamis lalu, ketua jawatankuasa pemantau pilihan raya Kuala Lumpur, Yaza Azzahra mengesahkan penemuan kertas undi berkenaan dua dua kawasan iaitu di Bangi dan Kajang.
Menurut Yaza, kertas undi itu ditemukan dalam 200 beg yang kebanyakannya ditanda sebagai memihak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan gandingannya Ma'aruf Amin, selain beberapa calon lain dari parti pakatan mereka.
Susulan itu, Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin mengesahkan dua laporan polis dibuat berhubung penemuan itu.
Unit polis forensik kemudian dikerahkan ke bilik sewa di Taman Kajang Utama dan sebuah kedai kosong di Sungai Tangkas, Bangi untuk mengumpul bukti.
Difahamkan siasatan antara lain akan meneliti keaslian kertas undi berkenaan dan bagaimana dokumen yang digunakan untuk pengundian awal itu boleh berada di dua kawasan berkenaan.
Penyokong lawan Jokowi, mendakwa ia sebagai percubaan untuk membuat penipuan undi.
Sementara penyokong Jokowi di media sosial mendakwa perkara itu bagi merosakkan reputasi presiden Indonesia berkenaan.
Pengundian awal bagi pemilihan presiden Indonesia dan perwakilan akan diadakan hari ini bagi rakyatnya yang berada di luar negara termasuk di Malaysia yang berjumlah kira-kira 1.5 juta.
Payudara tidak berhenti membesar. 😱😱😱
LONDON - Seorang wanita dari bandar Bolton, England tidak berani keluar rumah disebabkan sejenis penyakit dikenali sebagai makromastia yang menyebabkan payudaranya terus membesar dan kini mencapai saiz 48 J, lapor akhbar Daily Mail.
Payudara Fiona Hornby, 25, mula membentuk dengan pantas sejak dia berusia 10 tahun menyebabkan saiz baju dalam berubah daripada ukuran C kepada J dalam tempoh masa yang singkat.
“Saya sudah tidak dapat mencari baju yang muat dengan saiz dada saya sekarang. Saya mengalami sakit belakang yang teruk dan tidak boleh tidur dengan selesa malah terpaksa berhenti mandi separuh jalan kerana berasa sakit dengan beratnya,” katanya.
Ibu kepada dua orang anak itu kini bimbang untuk menyusu badan kerana khuatir bayinya mungkin lemas ditindih. Dia disahkan menghidap mikromastia pada tahun 2015 dan kini sudah tidak aktif bersenam seperti ketika remaja dan awal usia 20-an kerana berasa sakit jika berdiri dan berjalan terlalu lama.
Hornby juga sedang mengumpulkan derma sebanyak £5,500 (RM30,000) melalui laman web GoFundMe untuk menjalani pembedahan mengecilkan payudara kerana perkhidmatan kesihatan awam Britain tidak membiayai prosedur tersebut manakala gajinya sebagai kerani tidak mencukupi. – Agensi
Syarikat jualan kopi terkenal didakwa tipu duit pelabur lebih RM13 juta
MELAKA - Lebih 10 individu di negeri ini tampil membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat jualan kopi terkenal selepas mendakwa wang pelaburan mereka bernilai lebih RM13 juta lesap tanpa mendapat sebarang pulangan sejak empat tahun lalu.
Pengasas syarikat tersebut yang didakwa merupakan seorang usahawan bergelar Datuk Seri dikatakan telah melarikan diri ke negara jiran selepas memperdayakan pelabur-pelabur terbabit yang terdiri daripada kakitangan awam, pesara dan peniaga.
Menurut salah seorang mangsa, Salamah Shamsudin, 57, kebanyakan mereka kerugian antara RM10,000 sehingga RM250,000 dan terpaksa menanggung bebanan hutang yang dibuat dengan pihak bank.
"Niat saya mahu menghasilkan pendapatan setelah pencen lalu menyertai skim perniagaan tersebut dengan modal RM40,000 termasuk melalui pinjaman bank dan kemudian saya tambah lagi RM10,000 daripada Tabung Haji.
"Bagaimanapun, sehingga kini segala yang diharapkan punah malah terpaksa mengenepikan hasrat menunaikan ibadah haji dan menanggung bebanan hutan bank," katanya ketika ditemui bersama individu lain yang turut menjadi mangsa di Kampung Hulu, di sini hari ini.
Sementara itu, Bajili Bakri, 34, dan seorang lagi mangsa yang ingin dikenali sebagai Shah, 32, memberitahu, ramai pelabur menyertai skim itu selepas terpengaruh dengan tawaran pakej iaitu sama ada kopi atau barangan lain mengikut pilihan berserta hibah tunai secara tetap setiap bulan selama 12 bulan.
"Pada awalnya, pelabur-pelabur ada menerima bayaran dan terus terpengaruh apabila syarikat terbabit mengumumkan pembayaran hibah lebih lumayan akan diberikan.
"Malangnya selepas itu, semua pembayaran hibah tunai yang patut diterima oleh ahli seperti yang dijanjikan tidak dibuat oleh syarikat berkenaan sehingga ke hari ini," kata Bajili.
Difahamkan, sehingga kini lebih 2,000 ahli sudah membuat pelaburan di seluruh negara membabitkan kerugian lebih RM100 juta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad dan Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sahruddin angkat sumpah MB baru, ganti Osman Sapian
Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai menteri besar Johor yang baru menggantikan Osman sapian.
Hal itu disahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi. Baginda bertitah supaya Menteri Besar ke-17 yang baru dilantik mengutamakan kepentingan negeri berbanding diri sendiri atau politik demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Johor.
Baginda mengingatkan agar pihak kerajaan janganlah membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan mereka cerita hanya untuk menarik perhatian atau mengelirukan rakyat.
Menurut baginda, sebaliknya kerajaan harus menumpukan perhatian untuk membantu kehidupan rakyat yang susah dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Dr. Sahruddin Jamal yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.
"Saya harap beliau akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi negeri Johor," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mahukan Menteri Besar baharu memberi keutamaan kepada isu pencemaran sungai bagi memastikan sumber air mentah sentiasa bersih dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang.
Friday, April 12, 2019
KJ 'cucuk' Kulasegaran ceramah 'kaum kita kena undi Streram'
PRK RANTAU | Satu video ceramah Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dalam Bahasa Tamil, yang merayu agar kaum India mengundi Pakatan Harapan (PH) esok, menarik perhatian Khairy Jamaluddin.
Sambil menandakan anggota parlimen DAP itu, Khairy berciap di Twitter: "Saya harap terjemahan (ceramah Kulasegaran) tidak betul."
Dalam rakaman 58 saat yang diiringi sari kata Bahasa Melayu itu, Kulasegaran memberitahu hadirin bahawa beliau akan mendapat malu jika pengundi India tidak mengundi calon PH Dr S Streram.
"Kalau tidak macam mana saya boleh tunjuk muka nanti, kalau kaum saya keturunan saya...Streram dari kaum kita sendiri, kita semua kaum sama, darah sama, jadi apa akan terjadi kalau kita tidak memberi sokongan untuk kaum sendiri.
"Kalau tidak apa boleh kami buat (beritahu) kabinet nanti? 'Mereka' akan kata yang bertanding pula dia (Mohamad Hasan) dari kaum dan agama lain tetapi untuk dia pula orang Tamil undi. Cuba fikirkan keadaan ini.
"Semasa saya jadi menteri, banyak masalah (orang India) yang dibawa kepada saya boleh dibawa ke menteri Cina dan Melayu, tetapi mereka (orang India) tidak akan pergi (kepada menteri kaum lain).
"Ini kerana mereka (orang India) gembira kalau pergi kepada menteri India," katanya, menurut sari kata video itu.
Kulasegaran juga berkata beliau lebih suka untuk makan di restoran yang diusahakan orang India ketika berkempen di Rantau.
"Dekat sini ada banyak kedai Cina dan Melayu...(Tetapi) kita akan pergi ke kedai orang India sahaja. Sebabnya ini merupakan kaum kita," katanya lagi.
Malaysiakini telah mengesahkan bahawa terjemahan Bahasa Melayu ucapannya yang disertakan di video tersebut tepat.
Menurut video itu, anggota parlimen Ipoh Barat itu berucap dalam program PH di Bandar Ekar malam tadi.
Mengulas video itu, beberapa pengguna Twitter membangkitkan bagaimana ahli politik BN juga menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan undi.
Ia membuatkan beberapa pengguna lagi berkata PH sering mengkritik BN apabila berbuat demikian tetapi pada masa sama turut melakukannya.
Malaysiakini sedang menghubungi Kulasegaran untuk mengulas perkara ini.
Selain Streram dan Mohamad, PRK Rantau turut melibatkan dua calon Bebas iaitu R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.
Pengundi India merangkumi 27 peratus daripada jumlah pengundi di DUN tersebut.
Thursday, April 11, 2019
Tun M jelaskan sebab raja tak diberi kuasa mutlak
Di tengah pertelingkahan dengan istana mengenai isu pelantikan menteri besar Johor, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi amaran mengenai "bahaya" sekiranya raja diberikan kuasa mutlak.
Dalam ucapannya pada satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, Mahathir mengingatkan bahawa raja mungkin menggunakan kuasa untuk kepentingan diri dan bukannya negara sekiranya diberi kuasa mutlak.
Beliau merujuk sejarah tanah air yang menyaksikan keputusan raja-raja menyerahkan Tanah Melayu kepada British dan menandatangani perjanjian yang akhirnya menyebabkan kehilangan Singapura.
"Ini kita lihat bila kita beri kuasa mutlak kepada raja-raja, kerana kadang-kadang mereka lebih utamakan kepentingan diri daripada negara yang mereka memerintah. Ini bukan sekali sahaja, ini berlaku berkali-kali," kata Mahathir.
Menurut Mahathir, ini juga sebab mengapa dalam sistem demokrasi berparlimen, raja tidak memiliki kuasa eksekutif.
"Sebab itu kita mengadakan sistem pemerintahan yang mana raja tidak mempunyai kuasa eksekutif dan ini boleh menyelamatkan rakyat.
Rakyat akan tentukan dasar-dasar negara melalui wakil-wakil mereka. Wakil-wakil mereka pilih kerajaan. (Jika) Menyeleweng, rakyat boleh menjatuhkan mereka," katanya.
'Melayu masih berfikiran feudal'
Tambah beliau bagaimanapun orang Melayu masih berfikiran feudal iaitu mengganggap adalah tidak boleh membantah raja walaupun mereka melakukan sesuatu jenayah atau melanggar undang-undang.
"Dengan itu, raja bertindak melakukan beberapa perkara yang tidak mengikuti undang-undang.
"Tapi sehingga sekarang, kita lihat tidak ada tindakan yang akan diambil oleh pegawai-pegawai kerajaan walaupun mereka sedar bahawa apa yang dilakukan oleh raja bercanggah dengan undang-undang.
"Ini masalah kita hadapi kerana di satu pihak kita akan berpegang kepada the rule of law, di satu pihak yang lain adalah mengatasi undang-undang dan kita ketepikan undang-undang kerana adat.
"Apakah kita rela ini berterusan? Ini adalah keputusan boleh diambil oleh rakyat sendiri kalau rakyat begitu sekali takut untuk tidak melayan raja-raja, dan raja-raja menjadi raja yang luar daripada perlembagaan, maka rakyat akhirnya yang akan menjadi mangsa. Raja juga akan jadi mangsa," kata Mahathir.
Pertelingkahan antara Mahathir dan keluarga diraja Johor berlaku di tengah-tengah isu peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor.
Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata ia adalah hak mutlak bapanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk melantik menteri besar.
Sebagai respons, Mahathir berkata parti yang menang (Bersatu) mempunyai hak untuk memilih menteri besar Johor yang baru dan bukan sultan.
Sultan Ibrahim yang kini berada di luar negara, kemudian bertitah menggesa "pihak tertentu" untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri itu, sambil menambah baginda akan membuat keputusan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
Mahathir kemudian mengingatkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan sistem monarki mutlak, sebaliknya raja perlembagaan.
Perdana Menteri menambah Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara demokrasi jika raja memilih perdana menteri atau menteri besar.
Osman berkata beliau akan menjelaskan sebab di sebalik peletakan jawatannya pada Sabtu ini selepas menghadap Sultan Ibrahim.
Benefits of oil pulling with coconut oil
Oil pulling is a natural folk remedy from India that involves swishing oil in the mouth. It has become increasingly popular in other regions for its purported health benefits.
Oil pulling with coconut oil is easy to fit into a regular oral health routine. Coconut oil is available at grocery stores and online, and people do not need any additional ingredients.
In this article, learn about what oil pulling is, how to do oil pulling with coconut oil, and about the possible benefits and risks.
Oil pulling is an oral health routine that involves swishing oil around in the mouth in a similar way to mouthwash, but for a much more extended period.
Coconut oil is a highly absorbable oil with several health benefits, including reducing inflammation and fighting harmful bacteria. It is also edible, so has few risks for oral use.
Most supporters of oil pulling recommend swishing a tablespoon of oil in the mouth for 15–20 minutes to reduce harmful bacteria in the mouth and on the teeth.
Benefits of oil pulling with coconut oil may include:
Killing harmful bacteria in the mouth
The mouth contains hundreds of bacteria, some of which are harmful and may lead to tooth decay, bad breath, and gum disease.
According to a 2016 study on 60 participants, oil pulling can reduce the number of bacteria found in the saliva and can help support proper oral hygiene. The authors stated that coconut oil was a safe alternative to chlorhexidine, which is an ingredient in some mouthwashes.
Reducing bad breath. Bad breath is generally due to poor oral hygiene, tongue coating, infection, or gum disease as a result of bacteria buildup.
According to a 2011 study, oil pulling may be an effective natural alternative for bad breath and may work as well as traditional treatment with chlorhexidine.
Preventing cavities. Cavities stem from tooth decay as a result of bacteria buildup, poor oral hygiene, and consuming too much sugar.
Plaque can also cause cavities by forming a coating of bacteria, saliva, and food particles on the teeth that can damage the enamel.
According to 2016 research, oil pulling may decrease the number of harmful bacteria in the mouth, possibly helping to prevent cavities. In addition to brushing and flossing, this can be another way to achieve optimal oral health.
Reducing inflammation and improving gum health. The bacteria in plaque may lead to gingivitis, which is a common gum disease characterized by red, swollen, and inflamed gums that bleed easily.
Research suggests that coconut oil can reduce inflammation. This may benefit oral health and inflammation in the mouth.
According to a small 2015 study, oil pulling with coconut oil reduced plaque and could help prevent plaque-induced gingivitis.
https://www.medicalnewstoday.com/articles/323757.php
Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru
Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), menggantikan Ronald Kiandee yang kini menyertai Bersatu.
Ketua Wanita Umno itu dilantik selepas usul tersebut diluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau dilantik selepas kritikan dan protes daripada orang ramai dan wakil rakyat, memandangkan Kiandee yang merupakan ahli Parlimen Beluran itu menyertai Bersatu pada 15 Mac.
Dalam manifesto Pakatan Harapan telah berjanji supaya jawatan tersebut disandang oleh wakil rakyat dari pembangkang.
Ia merupakan usul keempat yang diletakkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.
Noraini merupakan ahli PAC pada Ogos 2018, menggantikan bekas pengerusi jawatankuasa itu, Hasan Arifin.
Dia turut dinamakan oleh wakil rakyat BN sebagai pengerusi baharu PAC.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bertegas untuk mengekalkan Kiandee sebagai pengerusi tetapi akhirnya mengalah apabila pemimpin di kalangan parti gabungannya menggesa beliau mematuhi manifesto PH sebelum ini.
Pada 22 Mac, Nurul Izzah Anwar (PH- Permatang Pauh) mengambil keputusan meninggalkan PAC, selepas Kiandee dikekalkan memegang jawatan pengerusi PAC.
Nurul tegas dengan pendiriannya bahawa PAC perlu diketuai oleh anggota Parlimen daripada blok pembangkang, seiring dengan janji manifesto PH pada PRU-14 yang menetapkan pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih daripada kalangan anggota Parlimen pembangkang.
Najib dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana melanggar embargo Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda
Najib didakwa melanggar embargo itu dengan memuat naik sebahagian daripada kandungan itu di halaman Facebooknya.
Usul penggantungan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.
Usul untuk merujuknya kepada jawatankuasa itu kemudiannya diputuskan melalui undi belah bahagian selepas perbahasan yang hangat. Beberapa ahli parlimen BN bertegas mahu Najib bersama diri mereka sendiri digantung selama tiga bulan.
Usul itu kemudian diluluskan dengan 86 undi menyokong dan 33 undi menolak.
Liew dalam pembentangan usul itu berkata Kertas Putih merupakan Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga jam 11.30 pagi pada Rabu (10 April ).
“Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Pekan di mana Yang Berhormat Pekan telah melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
“Perbuatan Yang Berhormat Pekan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan disifatkan telah melakukan suatu perbuatan menghina Majlis. Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Pekan hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.
Najib didakwa memuat naik kertas putih itu di laman sosial pada 5.39 petang Selasa.
Ada banyak cubaan lagakan istana dengan k’jaan - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cubaan pihak tertentu untuk membuatkan raja-raja kurang senang dengan kerajaan semasa tidak akan berjaya kerana kerajaan dipilih oleh rakyat secara demokratik.
“Ada banyak cubaan untuk jadikan raja jengkel dengan kerajaan. Mereka pilih perkara-perkara seperti Statut Rom… tetapi ia tidak akan berhasil, ia akan gagal. Mereka boleh cuba nasib mereka.
"Mereka tidak akan berjaya kerana kerajaan dipilih oleh rakyat. Ini adalah demokrasi dan anda tidak boleh sewenang-wenangnya jatuhkan kerajaan.
“Melainkan anda mahu ketepikan demokrasi dan jadi kleptokrasi atau anda boleh jadi autokrasi,” kata Dr Mahathir apabila ditanya tentang kebimbangan berhubung kewujudan ‘deep state’ atau ‘negara dalam negara’ yang boleh menjejaskan Putrajaya.
Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Malaysian Autoshow 2019 anjuran Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), pameran kenderaan terbesar ASEAN yang bermula hari ini hingga 14 April di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.
Baru-baru ini, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata keputusan kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan langkah ‘politik’ kerana bimbang akan cubaan rampasan kuasa yang didorong oleh kuasa di belakang tabir.
Statut Rom merupakan triti yang mewujudkan ICC.
Saifuddin juga dipetik berkata sejarah membuktikan rampasan kuasa atau kudeta merupakan reaksi biasa kemajuan demokratik dan pemberontakan rakyat susulan pilihan raya, dan ia biasanya dicetuskan oleh “deep state”.
Menurut laporan itu, “deep state” juga dikenali sebagai “state within a state’ (negara dalam negara) merujuk kepada satu bentuk kerajaan sulit atau rangkaian yang beroperasi secara berasingan daripada kepimpinan politik sesebuah negara, bagi memenuhi agendanya sendiri.
- Bernama
Siasat TMJ? KDN serah pada polis
Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk memutuskan jika tindakan perlu diambil terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Kita di peringkat kementerian ini, kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat tindakan dan berpandukan kepada laporan polis kalau ada,” katanya dalam sesi soal jawab di parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), yang bertanya sama ada kenyataan TMJ di media sosial dikira melanggar Akta Hasutan 1948 dan kerajaan bersedia bertindak terhadap baginda.
Ismail berkata apa yang berlaku menyebabkan rakyat resah dan menjejaskan kestabilan politik serta kewibawaan kerajaan.
“Dalam masa sama, rakyat dan raja tak boleh dipisahkan,” katanya.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kelmarin memberi amaran tindakan boleh dikenakan terhadap TMJ jika menghasut dan menegaskan baginda tidak kebal di sisi undang-undang.
Menjawab di Twitter, TMJ mempersilakan tindakan itu dan menegaskan beliau cuba membela perlembagaan, Raja-raja Melayu dan agama Islam.
Tunku Ismail bertikam lidah dengan Mahathir berhubung kehendak kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
https://m.malaysiakini.com/news/471840
Johor sebahagian dari Malaysia, kata Mahathir
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tidak timbul isu beliau mencampuri urusan dalaman pentadbiran Johor kerana negeri itu adalah sebahagian dari Malaysia.
Katanya, jika Johor adalah negeri atau negara asing, beliau akan mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri segala urusan dalaman.
“Saya tidak tahu (dakwaan campurtangan hal dalaman pentadbiran Johor). Tetapi saya percaya Johor adalah sebahagian daripada negara ini.
“Melainkan Johor negara asing, saya tidak campurtangan dalam hal dalaman negara luar itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, hari ini.
Mahathir mengulas kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya orang luar tidak mencampuri urusan negeri itu.
Melalui satu hantaran di Facebook, baginda mahu “pihak tertentu” berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik.titah sedemikian kerana negeri itu berdaulat dan masih mempunyai seorang Sultan.
Tanpa menyebutkan nama secara khusus, baginda menyarankan pihak berkenaan tumpukan kepada usaha menjaga negara.
“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang sultan.
“Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” katanya, semalam.
tegangan timbul antara istana Johor dan Dr Mahathir dalam isu ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dengan perdana menteri mengumumkan bahawa Malaysia menarik diri berikutan kekeliruan dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.
Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekeliruan yang dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".
"Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia," kata Mahathir.
Ketegangan itu ditambah lagi dengan pengosongan kerusi menteri besar Johor yang kedua-dua pihak (istana dan parti pemenang dalam pilihan raya) mendakwa mempunyai hak menentukan siapa pengganti Osman Sapian.
Wednesday, April 10, 2019
Muhyiddin jadi MB atau bubar DUN, kata Umno Johor
Ketua Pembangkang Johor Hasni Mohammad akan mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membincangkan kemungkinan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ia bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri baru diadakan.
Hasni yang juga pengerusi Umno Johor berpendapat tiada anggota DUN (Adun) Pakatan Harapan yang layak menjadi menteri besar selain Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin adalah menteri dalam negeri dan juga Adun Gambir. Beliau pernah dilantik sebagai menteri besar di era Umno pada tahun 1986 hingga 1995.
Hasni memberitahu Malaysiakini, Johor sebuah negeri yang rumit dan tidak boleh mempunyai seorang menteri besar yang tidak berpengalaman.
Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai menteri besar Isnin lalu.
Subscribe to:
Comments (Atom)













